Wednesday, April 24, 2013

Belated Birthday's Entry :P


My Birthday was about couple months ago. I know, but i made this special entry to forward my gratitude and sincere appreciation for those who got me a present and who were celebrating it this year and a year before with or without me. Thank You Guys! (A huge delay due to busyness < typical excuse).




Last Year, 2012. My Auroran friends had to celebrate my birthday during 'Hojainan'(gathering) without me. Felt freakinly bad cause didn't make it for some reasons. T___T. THANK YOU Kak Mas for the lovely cake. No, really... i really-really appreciate it.

Lovely Angry Bird Cake :)



2013's Birthday celebrated with Chain-FX's buddies with lotsa-lotsa pizzas... Yeah... They love pizza. Pizzas for every birthday celebrations here in studio.





And also...
From my BFF. Thanks so much Syam & Chym!



And also...

Tuesday, February 26, 2013

Life Of Uncle Wong and The Shoe Factory



KISAH UNCLE WONG & KILANG KASUT

 Uncle Wong adalah seorang tukang kasut. sudah hampir 10 tahun Uncle Wong mencari nafkah membuat dan membaiki kasut.
Kerja-kerja tangan Uncle Wong sangat halus dan berkualiti. 5 tahun lalu Uncle Wong telah membuka sebuah kedai membuat kasut
di Ipoh. Kasut-kasut kain dan kulit buatan Uncle Wong sangat cantik. Jika dilihat agak sukar untuk mempercayai yang ianya 
dihasilkan oleh anak tempatan. Kasut-kasut rekaan Uncle Wong setaraf dengan kasut yang dihasilkan oleh jenama antarabangsa
sehinggakan beberapa syarikat perniagaan kasut berminat untuk mengedar dan menjual kasut buatannya di seluruh negara.

 Permintaan terhadap hasil kerja Uncle Wong sangat menggalakkan. di satu tahap Uncle Wong terpaksa mengambil beberapa orang pekerja 
untuk membantunya menyiapkan kasut-kasut yang ditempah. Pekerja Uncle Wong diajar bagaimana menghasilkan kasut mengikut rekaan beliau.

 Setelah setahun beroperasi, perniagaan Uncle Wong mula menghadapi masalah. Ia berikutan beberapa kliennya mula lambat membuat bayaran.
Harga yang dibeli pula sangat murah. ada beberapa kali Uncle Wong cuba untuk menaikkan harga kasut rekaannya dan meminta bayaran sepatutnya kerana
sambutan dari pembeli sangat memberangsangkan. Namun, pelbagai alasan dan ugutan yang diterimanya dari pihak klien. Memandangkan Uncle Wong
masih tidak mampu untuk mengedar sendiri kasut rekaannya, dia akur dgn kehendak pengedar serta kliennya yang lain.
Uncle Wong dikatakan tidak memahami industri pembuatan dan pemasaran kasut.

 Uncle Wong kemudian cuba untuk meminta pertolongan dan nasihat dari dari beberapa orang rakan, namun tiada maklumbalas yang boleh membantu beliau.
Sewa kedai mulai meningkat, pekerja Uncle Wong pun semakin bertambah lantaran banyak kasut-kasut yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat
terutama pada musim perayaan. Namun bayaran yang diterima Uncle Wong tidak berbaloi.

 Keadaan berlarutan hingga tahun kedua. Sudah pelbagai tindakan dan usaha telah dilakukan oleh Uncle Wong untuk menyelamatkan perniagaannya
termasuk meminta bantuan dari kerajaan. akan tetapi, nasib seperti tidak menyebelahi Uncle Wong.Bantuan yang diterimanya amat sedikit.
tidak cukup untuk membayar hutang yang ditanggung olehnya. Syarat pula terlalu ketat memandangkan beliau bukan usahawan Bumiputra.
Uncle Wong ada menyertai beberapa persatuan usahawan kecil tempatan. Melalui persatuan itu Uncle Wong sering menyuarakan masalah yang dihadapinya
dalam kariernya membuat kasut berjenama tempatan. Rata-rata memberi respon yang dingin. Kebanyakan mereka menyalahkan Uncle Wong sendiri 
yang tidak pandai menguruskan perniagaannya. Isu yang dibangkitkan Uncle Wong dianggap isu terpencil.

Uncle Wong kecewa.

Dia sayangkan kerjayanya, dia sayangkan anak-anak tempatan yang berbakat yang bekerja dengannya. Perniagaannya semakin merosot. 
Uncle Wong mula menjual rumah dan motosikalnya. Dia tinggal di kedai kasutnya. Kadang-kadang terpaksa mengikat perut beberapa hari
kerana kesuntukan wang. Bayaran yang diterima hanya cukup untuk membayar pekerjanya sahaja.

 Tiada tempat untuk Uncle Wong mengadu tentang kesusahan serta pengorbanannya menaikkan industri pembuatan kasut tempatan yang disayanginya itu.
Cuba untuk bersuara namun tiada yang peduli. Mereka diluar masih memandang rendah terhadap segala usaha Uncle Wong mempertahankan perniagaannya.
Mereka seringkali menyalahkan Uncle Wong sendiri.

 Masuk tahun ketiga.
Ramai pekerja Uncle Wong sudahpun meninggalkan kedainya untuk bekerja di tempat lain. Uncle Wong sendiri tidak cukup wang untuk membayar mereka bekerja.
Sinar harapan buat Uncle Wong masih kelam tidak kelihatan.

 Suatu hari
Sebuah kilang kasut jenama antarabangsa dibina di Ipoh.
Ramai anak muda gembira dengan peluang pekerjaan baru itu. mereka berebut-rebut untuk bekerja di situ termasuk beberapa orang bekas pekerja Uncle Wong.
Kilang tersebut dibuka secara besar-besaran, dirasmikan oleh mantan perdana menteri dan mendapat liputan media massa secara meluas.
Rakyat malaysia umumnya berasa sangat bangga apabila anak-anak tempatan berpeluang bekerja dibawah jenama antarabangsa, membuat kasut untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

 Pagi rabu itu Uncle Wong ke warong Pak Fasalbuk. sudah lama dia tidak bersarapan di situ.
di satu sudut lain tidak jauh dari meja tempat Uncle Wong menghirup teh tarik adalah sekumpulan anak muda beruniform bersarapan. Jelas sekali mereka adalah
pekerja kilang kasut berjenama antarabangsa yang baru dibuka itu.
Salah seorang dari mereka adalah bekas pekerja kedai kasut Uncle Wong. Menyedari Uncle Wong ada di situ, budak muda itu meninggikan suaranya 
memuji-muji tempat kerja barunya yang selesa, banyak kemudahan, layanan baik dari pihak majikan serta gaji yang lumayan. Mereka juga bercerita tentang
kehandalan majikan baru mereka menangani kewangan syarikat. Tambah mereka lagi, anak-anak muda tempatan mempunyai masa depan yang lebih cerah disitu.

 Uncle Wong hanya mampu mendengar. Setelah selesai sarapan dia berlalu untuk menjalankan rutin hariannya serta merencana masa depan perniagaannya.


 3 tahun berlalu. 
Hari ini, perniagaan Uncle Wong semakin baik. apa yang diperjuangkan selama lebih 5 tahun mula menampakkan hasil yang positif.
Cuma baru-baru ini negara digemparkan dengan berita krisis kewangan yang dihadapi oleh syarikat kasut jenama antarabangsa. 
Syarikat sama yang kilangnya dibuka di Ipoh 3 tahun lalu. Syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat itu dikatakan sedang bankrap.
Pada pandangan Uncle Wong, kejadian ini sudah tentu memberi kesan buruk kepada operasi kilang di Ipoh. Apa pula nasib anak-anak tempatan 
yang baru 3 tahun bekerja di situ.

 Pagi itu seperti pagi sebelumnya sejak 2 tahun lalu, Uncle Wong meletakkan van maroonnya di seberang jalan di hadapan warong Pak Fasalbuk.
Bersarapan sambil melayan Pak Fasalbuk berbual. Uncle Wong membuka cerita tentang rambutnya tersalah potong. Pak Fasalbuk bergurau untuk
meminjamkannya kopiah putihnya. Mereka ketawa.

 Tiba-tiba seseorang menegur mereka. Orang itu pekerja kilang kasut jenama antarabangsa. Anak muda itu menyelar Uncle Wong kerana tidak peka terhadap 
isu semasa, terhadap masalah serta kegusaran yang dihadapi anak-anak muda yang bekerja di kilang itu. Uncle Wong seolah-olah tidak prihatin sama sekali
tentang kempen protes yang bereka sedang jalankan untuk membantu industri kasut. Sedangkan Uncle Wong juga dalam industri yang sama. 
Industri pengeluaran kasut.

Uncle Wong seharusnya mengepalai kempen ini. Rakan-rakan dalam industri lain pon turut serta menyokong mereka. menyokong dalam membela nasib 
anak-anak tempatan untuk terus bekerja dalam industri.  Uncle Wong dengar sahaja syarahan percuma dari pekerja kilang antarabangsa itu. 
Dia kelihatan sangat marah dengan sikap pasif Uncle Wong. Orang lain tengah bising dan risau dengan isu global, isu industri, Uncle Wong pula hanya risaukan 
rambutnya yang totok. Pada mereka, Uncle Wong memang tak guna.

 Uncle Wong menghabiskan sarapannya sebelum memandu perlahan van maroon menuju kilang kasutnya. Sepanjang jalan dilihatnya deretan kedai 
dipenuhi poster-poster serta kain rentang berwarna hijau tanda protes rakyat Malaysia terhadap industri kasut.

Bukan tidak peka, bukan tidak menyokong akan kempen itu. Uncle Wong penat. penat berjuang tanpa poster, tanpa kain rentang, tanpa rakyat Malaysia yang menyokongnya.
Berjuang sendirian bukan sehari seminggu sebulan, tapi bertahun-tahun tanpa dipedulikan sesiapa kerana Uncle Wong cuma orang tempatan dgn jenama tempatan.

 Uncle Wong terus memandu untuk memulakan tugas harian seperti biasa sambil merencana untuk meluaskan pasaran kasut rekaannya di bawah namanya sendiri ke seluruh dunia.

 Andaikata Uncle Wong jatuh lagi, dia sudah biasa berjalan kaki, sudah biasa tidak makan berhari-hari, sudah biasa menyalahkan diri dan bangkit sendiri 
tanpa perlu sibuk memprotes menyalahkan orang lain.

ROSH - Malaysian VFX

Tuesday, August 7, 2012

NaNaNaNaNaNaNa....


Taking my day off with this piece. No. I didn't listen to any track from Mr. Zimmer while painting this.

Tuesday, July 17, 2012

Friday, July 6, 2012

Today 17 Years ago...


 Mom bought this night market hand watch when I was 13. Wore this until my last day of high school. Now, for 17 years... The watch still with me. At my 30 this year somehow i feel time flies in a blink of eyes. Remember a movie, 13 going 30? Yeah... nothing to do with that.




Sunday, January 22, 2012

GAOL.FM : Malaysian Internet/Online Radio

On January 3rd, I've been invited to be one of the earliest guest for 2012 to be interviewed live on a new on-line radio, Gaol.fm. We've been talking about visual effects industry in Malaysia and also the latest updates for my debut television series, Vektor 58. This one hour interview session was very casual & fun. Thanks to both DJs TK Yuna & TK Che Mat.




with the CEO of Gaol.fm, Dato' Shafik Rizaal Saaban. (Left)

The DJs, TK Yuna (left) & TK Che Mat (right)